Debab : Sebermula

Debab! Debab! Debab... Masih tengiang di telinga akan ejekan dari budak-budak kampung sebentar tadi. Namun dia dah tak kisah dengan semua itu. Sudah sebati dengan dirinya kerana bukannya sekali dua malahan dah setahun dua berterusan semenjak dia duduk dengan atuk dan uwannya di kampung setelah pemergian kedua ibu bapanya. Ooh jadi kau ni anak yatim piatulah ye.. Eh!.. Tak lah.mak bapak aku masih hiduplah diorang pergi bekerja dibandararaya katanya. Aahh. Tak usahlah dilayan ejekan dan bulian budak kampung ni lagi pun kau memang gemuk pun. Bisik hatinya. Aik hati aku pun nak ejek aku. Ah lantak lah.. Dalam ramai-ramai bebudak kampung tu, Karimlah yang paling hebat mengejek dan membulinya, Asal jumpa je pasti dia kena buli. Weeekk ! Debab! Badan pun bulat dah macam bola takyah lah main bola lagi. Debab teringat kata-kata Karim ketika kali pertama dia ke padang dengan tujuan untuk join bermain bola bersama dengan bebudak kampung. Kata-kata itu mematahkan terus semangatnya untuk berkecimpung dalam arena bolasepak. Kalau tak dah tentu dia dah diserapkan kedalam pasukan Brazil.Namun dia redha diatas kegemukan dirinya dan tidak menyalahkan sesiapa. Lagipun dah memang dia debab malahan Ibu, Bapa, Atuk dan Uwannya pun panggil dia Debab cuma dia tak terasa kerana dah di komersilkan menjadi DikBOb sebagai nama manja. DikBob ! Laungan Uwan dari arah dapur menyentaknya dari lamunan. Ye Uwan! Sahut Debab dengan sekuat hati kerana Uwannya ada masalah pendengaran ala-ala pekak badak Sumatera yang kadang-kadang boleh dengar ,kadang-kadang tersalah dengar dan kadang-kadang yang lainnya tak boleh dengar langsung. Tolong panggilkan Atuk kat bendang kejap. Baiklah Uwan! Sebaik menuruni tangga Debab terus menuju ke tempat lepak kegemaran atuknya. Taklah jauh sangat 20 – 30 langkah je dari pintu rumah itu pun kalau diukur dengan langkah Zirafah dikejar Singa tak makan seminggu. Atuk! Atuk ! Mana pulak Atuk ni . Berpusing Debab disekeliling dangau mencari atuknya. Mana ni, Bayang pun tak nampak? Barangkali dia turun ke sungai tak bisik Debab pada dirinya ialah takkan nak bisik pada tiang dangau pulak buatnya dia menyahut takke pitam dibuatnya karang. Lain di cari lain pulak yang yang dijumpai. Begitulah nasib Debab bilamana Karim dan konco-konconya sedang beriang ria didalam sungai tatkala dia sampai di situ. Menyedari kehadiran Debab, semakin gembira lah mereka laksana taukeh ikan mendapat emas. ”Woi Debab! Buat apa kau datang sungai ni?”.” Kontang pulak sungai ni kalau kau masuk karang... ”Berderai gelak ketawa dari konco-konco Karim menyahut lawak beliau yang tak berapa nak beradab tu. ”Mana tak kontangnya, habis semua air sungai melimpah keluar”, tambah pian menguatkan lagi dekahan rakan-rakannya. ”Ntahnya karang tak pasal-pasal banjir pulak kampung kita nanti tambah Anep pulak”, memeriahkan lagi suasana dengan gelak ketawa dari rakan taulan seolah olah sedang menonton pertunjukan badut sarkis.” Dah lah tu, kesianlah dia sikit”. Celah Samad apabila menyedari kengkawannya semakin menjadi-jadi. Memang dalam ramai-ramai tu cuma Samad sahaja yang berhati perut sikit. Hah kau nak apa Bab? ”Aku cari Atuk aku lah, kau ada nampak tak?’ ‘Kawan-kawan, ada nampak tak Atuk Debab ni?” Kesian dia”. ” Nanti jap” Karim mengisyaratkan sambil mengangkat tangan lagak polis trafik menahan kereta. Sekilas beliau menenggelamkan diri kedalam sungai dan timbul semula seraya berkata” takde pun dalam sungai ni, mungkin dah hanyut ke laut” disambut dengan gelak ketawa kengkawannya. ’Takpelah, terima kasih’debab berlalu sedih dan terus menghilang kedalam belukar. Atuk! Atuk! Merata Debab mencari Atuknya. Habis segala denai, belukar dan anak bukit di redahnya namun jangankan kelibat Atuknya, tapak kaki Atuknya pun tak kelihatan. ”Penatlah pulak rasanya”, kata Debab pada dirinya ”Baik aku lepak kejap” Belum sempat Debab melabuhkan punggungnya tiba-tiba kedengaran satu suara memekik meminta tolong. Help! Help! Debab bingkas dan bergegas kearah datangnya pekikan tersebut. Rupa-rupanya Karim sedang bertarung dengan arus deras yang menariknya kedasar. Kawan-kawannya yang lain hanya mampu melihat dan tiada seorang pun yang berani menyelamatkannya. Woi Anep, Piah takkan kau biarkan aje Si Karim tu, tak tolong ke bentak Debab sambil menanggalkan bajunya. Kitorang tak berani lah, ujar Anep separuh takut Lagipun kitorang ni semua mana reti berenang sambung Piah. Gedebush! Debab menerjunkan dirinya kedalam sungai laksana david Hesselhof dalam siri Bay Watch dan terus mendapatkan Karim yang semakin longlai dan tidak berdaya. Sebaik mencapai tangan Karim Debab terus menguak lentang kearah tebing dan mencapai dahan mati yang terbenam ke sungai. Hanya Samad yang menghulurkan bantuan tanpa di minta sementara Anep dan Piah hanya menjadi pemerhati dari atas tebing. Sebaik menarik tangan Debab Samad pun menolong menarik Karim pula ke atas tebing. Terkulai Karim separuh mati hampir dilemaskan oleh pusaran sungai tadi. Kejadian tersebut membuatkan Karim benar-benar insaf . dalam keadaan nyawa-nyawa ikan keli itu Karim sempat meminta maaf diatas segala kelakuannya selama ini dan berjanji tidak akan membuli atau mengejek Debab lagi. Aku malu dengan kau Debab. aku kutuk kau pelampung ,akhirnya kau jugak jadi pelampung selamatkan nyawa aku. Sejak dari peristiwa itu Karim dengan rela hatinya menjadi body guard Debab tanpa gaji. Pendekkata dimana ada Debab disitu ada Karim cuma ke tempat memerut aje dia tak sanggup mengekorinya. Moral :Jangan suka menghina orang kerana kekurangannya

Comments

Popular Posts