Aku, kau dan dia yang kita panggil Ustaz


Perasan tak korang, walau kemana pun korang pergi korang pasti akan ketemu karekter yang korang sendiri akan namakan ustaz . Tak kiralah kat sekolah ke, kat kolej ke, kat asrama ke, kat tempat keje ke, kat lam komuniti ke,kat taman perumahan ke, kat geng mancing ke, geng camping ke, geng bola ke ntah2 dlm gengster pun ada agaknya tak tahulah pulak pasal aku tak pernah join gengster.

Biasanya kita akan namakan sesorang itu dgn gelaran ustaz kerana ciri2 ustaz yang ditonjolkan oleh seseorang itu walaupun dia bukan lah ustaz sebenarnya dan tak mintak pun gelaran ustaz tu.

Bila kita tengok kawan kita tu yg kita panggil ustaz, tak tertimbulkah atau terdetikkah kita utk mencontohinya. Cuba korang pikir, korang panggil dia ustaz kerana korang rasa dia warak, korang takkan taknak warak macam dia, atau korang saja nak hidup dalam keadaan ketidakwarakkan sepanjang masa. Cuba-cubalah mewarakkan diri selagi di beri waktu dan kesempatan.

Mewarakkan diri bermaksud mendekatkan diri dengan Allah. Untuk mendekatkan diri dengan Allah, kita perlu kenal Allah. Kan ada pepatah tak kenal maka tak cinta, Hah tunggu apa lagi? cepat2 lah mencari jalan untuk mengenalNya.

Bila perasaan cinta dah terbit barulah kita dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang haq dan yang batil. Yang bersih dan yang kotor, yang harum dan yang busuk. Barulah masalah keruntuhan moral dapat diatasi kerana moral semua dalam keaaan benar, baik, haq, bersih, dan harum maka secara otomatiknya merasa jijik kepada salah,buruk,batil,kotor dan busuk. Korang kalau dah wangi-wangi dah tentu tak tergamak nak bergelumang dalam kubang yang berbau kerbau tu kan. Marilah kita bersama2 mewangikan diri kita sebelum diri kita diwangikan orang.

Comments

Popular Posts