Aku dan lampu picit sakti



Aku cari dalam terang
Perlu ke bawa lampu picit
takkan sudah terang lagi bersuluh
Perlu ke picit lampu ini
sedangkan sudah terang benderang
Adakah yang kucari itu ada dalam terang?
Atau terang itu menyilaukan mataku hingga tak jumpa apa yang kucari.
Tapi persoalannya Apa yang aku cari?
Bagaimana nak jumpa kalau tak tahu apa yang dicari
Walau seterang manapun sampai sudah takkan jumpa
Kalau mencari tapi tak tahu apa yang dicari.
Kalau dah tahu kan senang cari.
Macam mana nak tahu apa yang nak dicari?
Perlukah google atau yahoo atau enjin pencari yang lelain tu.

Comments

Popular Posts