Apa yang Terjadi?


Apa yang terjadi?
Satu pagi yang biasa aku pun melangkahkan kaki ke perut ibukota. Aku pun melewati segala lorong, jalan dan keluar masuk bangunan dengan tujuan nak cari ilham untuk buat komik. Ilham tak jugak jumpa walau dah rata ceruk bandar aku redah. Aku pun duduklah di sebuah bus stop yang separuh hancur dikerjakan oleh sang vandelis. Bersebelahan itu terdengar 3 orang perempuan yang sedang berforum dengan hujah masing-masing seolah-olah di dewan parlimen. Semakin aku amati hujah –hujah mereka semakin aku yakin yang mereka bukan lah berbicara bab masalah umat atau masalah negara sebaliknya berbicara tentang seseorang. Si A mengutuk orang tersebut dengan sesedap pankreasnya ditokok oleh si B ni tadi yang sambil mendengar penuh kusyuk sambil si C mengiyakan dan menyedapkan lagi dengan efek yang hebat.
Lepas tu aku pun angkat kaki pasal malas nak dengar lagi. Sambil berjalan aku pun fikir apa yang aku cari ni? Tetiba satu tiupan angin menyapa wajah dan tak semena-mena aku dapat satu ilham kenapa aku tak karangkan sebuah cerita yang realiti, yang betul dan tanpa selindung. Bahan nya, ideanya ilhamnya ada disekeliling aku.
Aku mula menyenaraikan segala perkara yang telah aku lalui, dengari, saksi dan temui tadi :
Siang
1. Orang sedang mengumpat – meluahkan ketidak puashatian terhadap seseorang– bus stop
2. Penagih dadah terbaring - lorong belakang
3. Budak Hisap gam dalam plastik – lorong belakang
4. Orang Islam Beli ekor tanpa segan dan silu
5. Orang Berjudi teka guli dalam cawan.
6. Buang anak – aku tak jumpa pun bayi terbuang Cuma terbaca pada keratan akhbar yang menjadi pembalut nasi lemak
7. Polis mintak rasuah kat orang
8. Samun,ugut di lorong belakang
9. Perempuan berpakaian seski menedahkan buah dada dan berseluar sempit hingga Nampak longkang tanpa lansung berasa malu atau segan malahan berbangga apabila orang tengok
10. Perempuan lelaki tak tutup aurat dan tak malu
11. Perempuan yang pakai tudung masih pakai baju sempit ketat jarang dan terkadang buleh Nampak lurah buah dada.
12. Perempuan jalan dengan cara yang menghairahkan
13. Dengan selamba tak pergi solat@ tak solat langsung walaupun azan berkumandang dari masjid berhampiran
14. Boleh pergi masjid sekadar nak berak je pastu keluar dengan selamba tanpa solat seolah-olah masuk tandas awam.
15. Pemandu teksi yang menipu tambang dan meter.
16. Penjual ubat yang menipu
17. Perempuan kena Ragut – di jalan utama
18. Tenung nasib kat tepi jalan
19. Vandalisme
20. Grafiti
21. Budak sekolah sedang ponteng
22. Budak sekolah pakai uniform main game
23. Budak sekolah melepak sambil merokok
24. Budak sekolah ponteng dan bercouple
25. Pendatang haram @ asing duduk bawah jembatan
26. Golongan Punk merayau dan melepak
27. Gugur bayi diklinik bagi yg mampu
28. Doctor jual MC dan ubat batuk
29. Kontraktor, pegawai bank, pegawai tertinggi terima sogokan dan beri sogokan
30. Penjual barang curi- kasut ( lorong)
Malam
31. Remaja sedang lepak
32. Golongan Gay- berkepit
33. Golongan Pengkid- berkepit
34. Couple sedang berkepit
35. Golongan Pondan goda pelanggan
36. Bohsia lari rumah pasal dah bunting dan balak dah lari
37. Rempit ,lumba haram dan bertaruh
38. Kelab Malam. Dadah, Minum arak , berkepit dgn GRO, seks rambang
39. Zina- di hotel murahan hingga ke lima bintang
40. Pelacuran – Bapa ayam approach aku mau pompuan ka?
41. Urut-Spa -Seks
42. Berjudi
43. Penjual barang cetak rompak( pasar malam)
44. Menipu dalam urusan jualan
45. Tak sanggup lagi nak menyenaraikan apabila jemari terasa melecet
Makin aku senaraikan semakin panjang senarai ini. Ini termasuklah perkara yang terlintas di batu jemala secara tetiba lantas aku pun tokok tambah pada senarai aku ini. Alangkah sedih apabila melihat pada senarai tersebut kemungkaran berleluasa berbanding kemakrufan ( aku tidak senaraikan yang makruf walau ada juga aku temui misalnya seorang budak perempuan membawa seorang warga emas melintas jalan dsb)
Nah!!! Sedih tak baca perkara diatas? Tak sedih?Tak tersentuh? Tak Kisah? Kesiannya cubalah untuk sedih mengenang masalah umat kini yang hanya menunggu bala@malapetaka besar-besaran.
Dari senarai diatas mari kita kaji semula apa yang telah terjadi pada umat-umat @kaum-kaum terdahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah s.w.t angkara tangan mereka sendiri
Kaum-kaum yang musnah
Kaum nabi Nuh
Zalim serta menyembah selain Allah
Bala: Banjir besar
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. Hud 44
Kaum Ad - Nabi Hud
Derhaka dan Ingkar
Bala: Taufan kencang dan angin yang dingin
Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya. Hud 59
Dan mereka ditimpa laknat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: Kaum Nabi Hud. Hud 60
Kaum Thamud -Nabi Soleh
Syirik dan kufur
Bala: Gempa bumi yang dahsyat
Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. Hud 67.
(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud. HUD 68
Kaum Nabi Luth
Homoseks, seks bebas ,Maksiat
Bala: Tertimbus oleh Hujan batu berapi
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Hud 82
Kaum Madyan – Nabi Syuib
Hidup mewah hasil dari penipuan dalam urusan Perniagaan ( kurangkan timbangan dan sukatan,rasuah dll)_
Bala: Suara pekikan guruh yang kuat dan dahsyat
Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib berserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. Hud 94
Kesimpulannya
Kaum
Dosa
Azab
Kaum nabi Nuh
Zalim serta menyembah selain Allah
Banjir besar
Kaum Ad - Nabi Hud
Derhaka dan Ingkar
Taufan kencang dan angin yang dingin
Kaum Thamud -Nabi Salleh
Syirik dan kufur
Gempa bumi yang dahsyat
Kaum Nabi Luth
Homoseks, seks bebas ,Maksiat
Tertimbus oleh Hujan batu berapi
Kaum Madyan – Nabi Syuib
Hidup mewah hasil dari penipuan dalam urusan Perniagaan ( kurangkan timbangan dan sukatan)_
Suara pekikan guruh yang kuat dan dahsyat
Umat Akhir Zaman
Semua diatas
?????????
Umat Akhir Zaman
Oleh kerana kesemua kesalahan umat terdahulu yang telah dihancurkan dan diazab sedang berleluasa dilakukan oleh umat akhir zaman bayangkanlah jika bala umat terdahulu juga ditimpakan sekaligus keatas umat akhir zaman ini maka jadilah seperti ini:
Banjir besar + Taufan kencang dan angin yang dingin + Gempa bumi yang dahsyat +Hujan batu berapi + Suara pekikan guruh yang kuat dan dahsyat
Terlalu dahsyat malapetaka akhir zaman tak terbayang dengan mata kepala dan itulah dianya Kiamat yang dijanjikan yang sering didustakan oleh orang Kafir .
Subhanallah. Persiapkanlah diri kita.
Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap). Hud 100
Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka. Hud 101
Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. Hud 102
Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. Hud 116
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. Hud 117
Renung-renungkan dan selamatkan dirimu dengan amalan yang soleh dan istiqomah.InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Comments

Popular Posts