Idola dan Role Model terhebat sepanjang zaman


Idola:An idol can be defined as an image or other material object representing a deity to which religious worship is addressed or any person or thing regarded with blind admiration, adoration, or devotion(dipetik dari wikipedia) Nak terjemahke?

Secara ringkasnya idola bermaksud sesuatu atau seseorang yang disanjung atau disembah
Kita cepat kagum dengan kehebatan, kepopularan, atau kehandalan seseorang tak kiralah artis ke, pemain bola sepak ke, pemain tenis ke, pemimpin ke ,sehingga kita tergila-gila dan terikut-ikut dengan tingkahlaku, gaya pemakaian dan segala-galanya tentang beliau. Kita pun berusaha meniru mereka-mereka itu dengan harapan kita akan menjadi mereka. Kekaguman yang membawa kepada penyanjungan terhadap seseorang dinamakan idola. Bila kita mengidolakan Maradona kita pun mulalah menggelecek laksana maradona. Kita mula membayangkan kita ni maradona. Lepastu
member pun menyokong dengan menggelarkan kita maradona maka bertambah kembanglah kita.

Tapi sayang orang yang kita idolakan itu taklah hebat sepenuhnya. Kehebatan mereka hanya pada diri mereka tapi bukan pada jiwa mereka. Kita boleh lihat sendiri betapa ramai individu yang menjadi kegilaan atau ikutan kecundang dalam kehidupan mereka sendiri yang nampak dari mata kasar dan mata lensa penuh keagungan dan kegemilangan tapi tidak pada hati dan jiwa mereka sendiri. Lihatlah apa yang berlaku kepada Kurt Kobain. MJ, Maradona, Napoleon Bonaparte dan ramai lagi yang sering dijadikan idola.

Role Model:person who serves as an example, whose behaviour is emulated by others( dipetik dari wikipedia)
secara mudahnya role model bererti seseorang yang dijadikan contoh dan ikutan.

Bagi orang yang nak berjaya dalam bisnes akan mencari mentor-mentor jutawan yang berjaya sebagai role model mereka lantas mengikuti setiap langkah yang telah dilalui oleh jutawan tersebut dengan harapan mereka juga akan menjadi jutawan. Dimana kesudahannya? Ada yang berjaya
selebihnya masih tercari-cari, teraba-raba arah tujuan. Petua yang sering kita baca dan jumpa ialah :
ikut aje setiap langkah yang telah dilalui oleh orang yang sukses untuk kita sukses atau kata omputihnya polo de fut step. Bayangkan diri kita adalah orang yang sukses itu dan masuk dalam kasut beliau. Dan macam-macam lagi petua yang boleh kita jumpa dalam internet kalau kita rajin mengelintar.

Tak dinafikan memang ramai yang berjaya apabila mengikuti petua tersebut. Tapi sayang apabila sudah sukses maka tiada lagi selepas itu. Apa lagi yang nak dicari setelah target dan impian tercapai? Setelah berpenat lelah ikut petua dan berjaya menjadi penyanyi atau jutawan kemana lagi selepas itu? Adakah itu fullstop.

Hidup pun dah tak best macam dulu semasa dalam usaha mengejar impian. Bila dah berjaya maka nak maintain kejayaan itu adalah kesukaran yang paling hebat berbanding semasa cuba mendapatkannya. Lumrah manusia ni rela berpayahan untuk dapatkan sesuatu namun bila dah dalam genggaman perasaan tadi dah semakin tawar. Tak percaya? Nak bukti? Cari sendiri pasti ketemui kerana perkara itu berlegar-legar di sekeliling kita.

Tidakkah kita terlintas atau terfikir untuk mencontohi seseorang yang membolehkan kita berjaya bukan setakat disini tetapi yang pentingnya apabila kita pulang nanti.
Cuba kita ikut petua berjaya mengikut langkah orang yang berjaya. Apabila kita yakin orang itu telah berjaya dan kita nampak kejayaannya maka kita pun ikut jejak langkah beliau satu persatu tak satu pun dicicirkan. Bersungguh betul kita dalam bab idola dan ikutan ini.

CUBA KITA APPLYKAN kesungguhan kita itu dengan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dan role model.Bukankah Baginda merupakan manusia agung yang setiap perbuatan dan pertuturannya membawa hikmah.Bukankah Baginda manusia yang berjaya didunia dan diakhirat.
Harus mengapa manusia lain yang mempunyai kelemahan yang kita idola kan?
Harus mengapa manusia lain yang belum tentu terjamin kesudahannya yang kita contohkan?
Cuba bayangkan kita nak berjaya jadi jutawan kita pun bersungguh-sungguh dan beristiqamah mengikut langkah yang digariskan oleh jutawan hinggakan bab makan dan tidur pun kita ikut dan di penghujung hari kita pun berjaya menjadi jutawan.
Jadi kenapa kita tak nak ikut langkah dan panduan yang telah diwariskan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W iaitu Al-Quran, hadis dan sunnah baginda.

Tidak yakinkah kita apa ada dipenghujungnya? Sedangkan janji Allah itu benar dan pasti.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

"Ye have indeed in the Messenger of Allah a beautiful pattern (of conduct) for any one whose hope is in Allah and the Final Day, and who engages much in the Praise of Allah. "
Al Ahzab 021

Semoga kita berubah dan diberi kekuatan untuk berubah di hari penuh bermakna, hari kelahiran kekasih Allah. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Comments

Popular Posts