Apa itu Animasi?

clip_image003

 

Animasi merupakan satu kaedah dimana beberapa ilustrasi atau imej pegun yang disusun mencetuskan pergerakkan. Menurut Norman McLaren pula animasi bukanlah seni lukisan yang digerakkan namun ianya merupakan seni menggerakkan lukisan dan apa yang berlaku diantara kerangka lebih penting dari apa yang ada di kerangka tersebut.

Sepintas lalu , Animasi mula tercipta sekitar tahun 1911-1921 apabila Winsor McCay dalam eksperimentasi beliau dengan menggunakan kamera ‘trick’ untuk menggerakkan karekter kartun yang dilukis. McCay yang digelar bapa kartun animasi telah menghasilkan kartun animasi secara bersendiri dan menghasilkan kartun animasi berjudul "Gertie the Dinosaur" (1914) yang kemudian mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman sehinggalah membawa kepada tertubuhnya studio seperti Disney, Warner Bros , MGM dan banyak lagi

.Sejarah ini telah dipetik dari artikel “Understanding Animation“ oleh Paul Wells yang diterbitkan oleh Routledge, 1998.

Walk Cycle2png
 
  clip_image001[5]
walcyclecolor

Imej pegun yang disusun mengikut turutan 1 hingga 8 jika dimainkan akan mencetuskan pergerakan imej seolah-olah sedang berjalan.

Comments

Popular Posts