Tuntut menuntut







Imam Al Ghazali berpesan

Ketahuilah olehmu wahai orang-orang yang suka menuntut ilmu, sesungguhnya apabila tujuan engkau menuntut ilmu untuk bersenang-senang, bermegah-megah dan untuk mendahului kawan-kawanmu, serta supaya manusia segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau dan untuk membinasakan diri engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan menemui kerugian. Begitu juga orang-orang yang mengajar engkau serta menolong engkau dalam berbuat maksiat, sebagaimana sabda nabi " Barangsiapa menolong orang yan berbuat maksiat, maka dia itu sekutu padanya". Sebaliknya, jikalau niat dan tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk memperolehi hidayah Allah bukan untuk mencari nama, maka bergembiralah engkau, kerana para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan-ikan dilautan memintakan ampun kepada Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah.

Comments

Popular Posts