Kolaborasi Kartun & Motivasi



Semua orang pasti kenal dengan Dr Luv yang menjadi pakar motivasi di Akademi Fantasia. Nak tahu Info lanjut tentang beliau klik >> http://dr-luv.blogspot.com/
Aku rasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan beliau bila mana kartun kartun aku telah digunakan untuk kuliah-kuliah motivasi dan team buiding yang dianjurkan oleh beliau.

Satu pasukan yang mantap  kerana kami mempunyai kelebihan yang berlainan.Beliau bermotivasi dengan kartun sementara aku berkartun dengan motivasi maka tercetuslah Kartunivasi.

Dari kacamata beliau medium kartun amat rapat dan dekat dengan jiwa manusia yang sukakan sesuatu yang santai , libur, hibur dan relaks. Audien pun tak rasa stress semasa menghadiri kuliah kerana slide show diselang selikan dengan kartun dan animasi.
Dari kacamata aku pulak  aku tak pakai kacamata ekekeke…
Aku rasa seronok dan gembira kerana berjaya memperjuangkan nasib kartun hingga diterima khalayak.Kartun bukan lagi bahan bacaan atau tontonan kanak kanak sahaja kerana ianya sudah diterima oleh pihak korporat.






motivation cartoon

Nantikan kemunculan Motivasi Berilustrari yang bakal memasuki pasaran tak lama lagi...




Dipetik kata Dr Luv yang kini menjadi mentor aku
"May all of us live to learn and to love, learn to live and to love, and love to live and to learn. Happy living, learning, and loving" -Dr.Luv-
Kata aku
Cintailah Dia yang menyintai kita. Sesaat pun Dia tak melupakan kita. Kita yang selalu lupa leka dan alpa dibuai dunia.




Comments

Popular Posts