Moral of the story

Once  upon a time..

Alkisah, tersebutlah sebuah kisah yang disebut-sebut tentang seekor burung dengan kepintaran akalnya telah memasukkan batu kedalam botol untuk membolehkan dirinya meminum air didalam botol tersebut.

Tapi tu duluuu... sekarang ni zaman dah canggih...guna ajelah  straw Der..

Ooh kau nak ajar aku yee... kau tahu tak aku ni legend..  disebut2 dalam semua buku citer kanak-kanak dan walaupun kanak-kanak tersebut telah dewasa mereka masih boleh membacanya dan walaupun mereka telah beranak, bercucu, bercicit,berpiut, mereka masih boleh terus membacanya sehinggalah mereka dibacakan talkin barulah mereka sudah tidak dapat membacanya.

Legend konon.. tapi masih pakai batu ingat ini zaman batu ke..

Grrrr!!!  aku marah ni tahu tak dan  bila aku marah aku jadi Angry tahu tak....



Ooo!!  Der.. rupanya kaulah Angry Birds tu ye? yang menjadi fenomena tu. sehingga mereka dan keluarga mereka menjadi  leka, khayal dan lalai dek penangan kau tu.... 

Lantas muka burung tersebut menjadi merah padam dan akibat tekanan yang tinggi dalam pembuluh darahnya beliau terus membulat dan terus  melastikkan dirinya dan tidak mahu kembali lagi..


The End

kesimpulannya. Janganlah emo kalau ada orang menegur kita. Cuba fikir tenung dan kaji mungkin ada benarnya..

Comments

Popular Posts