APA ITU WEB KOMIK? Part 1:Pengenalan



 
Tiada kamus yang mendefinisikan dan mengistilahkan web komik secara terus. Ia sebenarnya dipinjam dari perkataan bahasa Inggeris “web comic” iaitu gabungan dua perkataan yang merupakan dua elemen berbeza iaitu web dan komik . Web sebenarnya merupakan singkatan bagi ‘world wide web’ dan ianya merujuk kepada protocol penghantaran atau perkongsian dokumen didalam rangkaian internet. Sementara komik pula telah dihuraikan sebelum ini sila rujuk kuliah terdahulu @ http://ijoikatun.blogspot.com/2011/05/apa-itu-komik.html.

Namun begitu Web komik atau digital komik didalam kajian ini merujuk kepada komik yang dipaparkan di komputer dalam suasana digital serta memerlukan capaian kepada internet.Internet merupakan media penghantaran dan perkongsian untuk komik ini dipaparkan dan di baca oleh audien.

Menurut Fenty, Sean, Trena Houp and Laurie Taylor (2008) didalam artikel yang berjudul "Webcomics: The Influence and Continuation of the Comix Revolution." Web komik sebenarnya bermula dari komik ‘underground’ dan mula diperkenalkan seawal tahun 1960 an.

Pada asalnya internet hanyalah medium yang digunakan oleh peminat komik ‘underground’ untuk mendapatkan versi komik ini yang tiada didalam pasaran. Internet dilihat memberi kemudahan perantaraan diantara pengkarya dan pembaca komik walaupun pada ketika itu ia hanya digunakan sebagai tujuan promosi dan periklanan komik tersebut dan pembaca perlu memesannya secara atas talian untuk mendapatkan naskah komik tersebut.


McCloud (2000) menyatakan kebanyakan komik yang diedarkan melalui internet merupakan karya yang diimbas dari karya asal yang dihasilkan menggunakan pen dan dakwat. Perbezaan yang paling ketara diantara web komik dan komik tradisional ialah penggunaan internet sebagai media penyebarannya kepada audiens. Kenyataan ini turut disokong oleh Fenty et al (2008).
Web komik menurut McCloud 2000 dilihat telah memecah tradisi komik konvensional kerana pengkarya sudah tidak terikat dengan keempat-empat asas komik seperti yang dijelaskan sebelum ini. sila rujuk kuliah terdahulu @ http://ijoikatun.blogspot.com/2011/05/apa-itu-komik.html. Kebolehan dan keupayaan komputer terutamanya skrin paparan membolehkan komputer memaparkan komik dalam apa jua saiz.
Menurut McCloud (2000 ) lagi “ Tiada sebab mengapa komik didalam suasana digital tidak boleh memaparkan cerita menerusi 500 panel” Ini adalah kerana suasana digital itu sendiri yang di sokong dengan penggunaan multimedia seperti navigasi dan interaktiviti memberikan kemudahan kepada audien untuk membaca komik.

Didalam suasana digital, web komik dilihat boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz dan bentuk berbanding dengan komik konvensional yang terhad dengan helaian muka surat dimana satu muka hanya mampu memaparkan 1 hingga 10 panel sahaja.
Walau bagaimanapun web komik atau digital komik ini juga terbatas dengan capaian yang perlahan serta keupayaan dan kelajuan pemproses komputer menurut McCloud.
imagels
Menurut mitos semakin laju mesin tebu di kayuh semakin laju pemproses komputer memproses namun mitos ini tidak dapat disahkan kerana empunya mitos saja bergurau dengan sahabathandainya ketika itu. Harap maaf. Kembali kepada topik kita>>>

Namun begitu penambahbaikan kepada teknologi internet dengan terciptanya jalurlebar telah meningkatkan keupayaan dan kelajuan internet. Kelajuan ini membolehkan internet dari hanya berkeupayaan menghantar teks – kepada penghantaran satu imej – hinggalah penghantaran pelbagai imej dalam satu masa. Faktor ini memberi impak yang besar tehadap komik sepertimana yang di nyatakan oleh McCloud (2000)”Komik telah berevolusi dari komunikasi ke promosi dan seterusnya ke penerbitan dan penghantaran secara digital.

Penghantaran digital ini merujuk kepada komik yang dihantar menerusi perkhidmatan atas talian melalui rangkaian internet. Menyentuh soal penghantaran digital, sewaktu kajian ini dibuat sudah terdapat ratusan laman web diinternet menyediakan kemudahan untuk memuat naik kandungan samada yang berbentuk imej, foto, dokumen, audio, video , animasi dan sebagainya . Laman –laman web seperti flickr dan photobucket yang menyediakan kemudahan memuat naik foto, atau you tube untuk video dan animasi(sekadar menyebut beberapa nama) malahan terdapat juga laman web galeri seperti devian art yang mengalu-alukan pengkarya memuat naik karya mereka dan mencipta galeri ‘on-line’ masing-masing dilihat memberi ruang dan peluang kepada semua golongan memaparkan karya mereka iaitu apa yang media arus perdana tidak mampu melakukannya atas alasan menjaga kualiti karya dan reputasi majalah atau penerbitan mereka.

Malahan ledakan laman web percuma seperti wordpress, multiply, atau laman blog seperti blogger, blog dan sebagainya(sekadar menyebut beberapa nama) membolehkan semua golongan menerbitkan komik masing-masing di internet. Kebebasan memuat naik dan menerbitkan komik di internet tanpa penapisan dari pihak editorial atau penerbitan dilihat menjadi pemangkin kepada kemunculan ribuan web komik di seluruh dunia dimana kebebasan ini juga membuka peluang kepada semua golongan tidak mengira profesional mahupun amatur menghasilkan laman web atau laman blog komik sendiri, Kesempatan ini jugalah yang diambil oleh pengkarya komik underground atau bebas(independence) atau lebih popular dengan gelaran ‘indie’ untuk memaparkan hasil karya mereka.

Disamping itu ianya juga dilihat sebagai satu medan yang digunakan oleh pengkarya komik bebas serta kartunis di web untuk bereksperimentasi dengan karya masing-masing. Pendapat ini disokong oleh McCloud (2000)ms 165 dengan menyatakan ‘Komik di atas talian masih di peringkat percubaan dimana kesemua pengkarya dilihat cuba mencipta peraturan tersendiri didalam memaparkan karya komik mereka di laman web”.
 
Pelbagai cara, jenis dan kaedah digunakan oleh pengkarya web komik ini dengan harapan ianya akan mencetuskan fenomena serta di terima ramai. Dari lukisan asli yang diimbas kepada lukisan yang dihasilkan sepenuhnya secara digital menggunakan tetikus, pen tablet atau peranti melukis khas yang didatangkan bersama ”monitor” hinggalah membawa kepada penggunaan medium seperti clip art, model 3D, foto yang dimanipulasi, model permainan figura dan sebagainya .Atas sebab itulah McCloud(2000) berpendapat ianya laksana kanvas infiniti yang membawa maksud pengkarya komik diweb tidak lagi terikat dengan cara penyampaian visual komik tradisional malahan bebas melakukan apa sahaja terhadap cara penyampaian visual komik mereka. Disamping itu web komik ini juga kebanyakannya menerapkan konsep interaktif dan navigasi serta dimasukkan elemen animasi ringkas serta kesan bunyi dan audio memandangkan internet berupaya memainkan elemen tersebut sekaligus.

Untuk ketahui kisah selanjutnya sila baca bila ianya dimuat naikkan nanti.

Sekian wassalam..

to be continue Part 2:  Peringkat Web Komik

Comments

Popular Posts