Apa itu Multimedia

Internet multimedia information technology funny IT cartoon

 

Penciptaaan komputer pada pertengahan abad ke 20(1940–1945), dan seterusnya rangkaian internet pada penghujung 80an serta kewujudan ‘World Wide Web ‘ pada  1992 telah membawa dunia ke era teknologi maklumat .Hampir semua pekerjaan dan bidang telah mengaplikasikan penggunaan komputer sebagai akses atau capaian kepada maklumat didalam sektor masing-masing. Dari sektor industri hinggalah ke sektor pertanian termasuklah jua sistem pendidikan tidak ketinggalan untuk memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat ini. Bukan setakat itu sahaja malahan ianya melibatkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat secara individu dan peribadi.

Didalam buku ”Management Information Systems:Strategy and Action” Charles S. Parker (1989) ms 4 menyebut “Perkembangan pesat sistem komputer dan teknologi maklumat telah menyaksikan dunia kini berada didalam era maklumat. Dimana hampir kesemua pekerjaan terlibat dengan maklumat sebagai contohnya guru, akauntan, peguam, dan pengurus kesemuanya dilihat mempunyai asas didalam mengendalikan maklumat.” Teknologi maklumat atau lebih sinonim dengan panggilan IT mulai menguasai dunia sehingga mewujudkan lebuhraya maklumat. Kenyataan seperti”dunia di hujung jari”, ”dunia tanpa sempadan” dan seumpamanya sudah tidak asing lagi. Penggunaan IT ini bukan setakat untuk pekerja melaksanakan tugasan malahan ianya menjadi salah satu sistem atau produk serta persaingan bagi bidang perniagaan . Menurut S.Parker (1989) lagi ”Didalam kebanyakan bidang perniagaan-seperti perbankan, insuran dan perlancongan - adalah sukar untuk bersaing melainkan syarikat berkenaan memberikan maklumat yang cekap dan pantas kepada pelanggan menggunakan sistem yang berteknologi tinggi.”

Teknologi Maklumat ini juga memberi impak yang besar terhadap media konvensional iaitu media cetak dan media eletronik dimana melalui teknologi pergabungan telah menghasilkan media digital atau lebih dikenali sebagai multimedia.   Media cetak seperti artikel, buku, suratkhabar, tabloid, majalah , journal, telah mengalami evolusi sejajar dengan perkembangan ini . Secara ringkasnya multimedia merujuk kepada gabungan pelbagai elemen atau media dalam satu masa.

Diantara elemen yang terdapat didalam media ini termasuklah teks, grafik ,animasi, kesan bunyi, lagu, ilustrasi, persembahan slaid ,audio dan video disamping itu ianya memberi peluang kepada audiens untuk bernavigasi dan berinteraksi. Kenyataan ini disokong oleh beberapa cendikiawan serta pakar didalam bidang komunikasi multimedia diantaranya Tay Vaugh (2001, ms 4) yang menyatakan ”Multimedia adalah sebarang gabungan teks, grafik, bunyi, animasi dan video yang berasaskan penggunaan komputer atau media eletronik lain” .Sementara Halimah Badioze Zaman (1996) pula menyatakanMultimedia ditakrifkan sebagai kesepaduan diantara pelbagai media; teks, numerik, grafik, imej, video, animasi dan bunyi dalam satu persekitaran digital disamping keupayaan interaktiviti bagi membolehkan pengguna mencapai maklumat tanpa mengikut urutan.”

Internet dan multimedia ini telah membawa media cetak ke satu dimensi yang baru dimana ianya membawa kepada kewujudan media digital secara di atas talian seperti e- book, e-artikel, e-zine serta akhbar on-line . Kehadiran media digital atas talian ini dirasakan bersesuaian dengan kehendak dan persekitaran dunia yang kini masuk ke era globalisasi. Malahan teknologi internet dan world wide web seperti laman web dan blog serta kerancakan laman komuniti seperti My Space, facebook, you tube (sekadar menyebut beberapa nama) dan sebagainya juga memudahkan lagi perkongsian media ini.

Surf Internet Cartoon

Kartun sedang melayari internet

Comments

Popular Posts