Cakaran Jemalaku: The Beginning

Tugasan hari ni sebenarnya untuk mereka bentuk iklan promosi pembelian al quran digital. Mula-mula capai kertas kitar semula kendian capai pen  utk melakar ibu jari kuku  atau dalam bahasa mudahnya  thumbnail.
tapi entah macammana tercakar pulak segala yang takde kenan mengena dengan program tersebut.

Ginilah caranya untuk mengeluarkan imejan yang termaktub dibatu jemala. Kena keluarkan segalanya sampai jumpa. Kalau dari cakaran inilah rasanya menandakan ilham tersebut masih degil atau malu untuk mengeluarkan dirinya.

Untuk menghilah kebosanan aku pun mengimbas dan memuat naik cakaran tersebut disini. Dan aku rasa nak teruskan idea merepek ini setiap hari jika berkesempatan. Ini kira versi pengenalan.


Comments

Popular Posts