Perbankan

Semua bank sama sahaja, Takde yang hebat dari segi khidmat pelanggan kerana yang melayan itu juga manusia macam kita, ada hati dan perasaan. Kalau kita rasa kita ada malas, mereka pun ada.
 Selalunya kita bila dapat khidmat terbaik melangit pujian kita beri dan kadang -kadang lupa langsung nak berterima kasih tapi selalunya yang dapat khidmat macam hampas sawit digigit musang  membulan kejian dilemparkan hingga lupa timbang rasa.

Lumrahnya kita ni suka bandingkan Bank A hingga Bank Z, Bila bank A lakukan silap sikit sahaja terus kita kondem dan kata Bank Z lagi baeeeklah Encik??  Ye ke? Kejap.. tarik nafas ..lepas dan fikir semula.. kita cakap tu hanya untuk meredakan kemarahan kita kan?? Kah Kah Kahh kelakarlah kau ni.. asyik nak membanding-bandinkan..   Betulke kau rasa Bank Z lebih baik dari Bank A atau Bank C lebih Hampeh dari Bank Y atau Bank X lebih luarbiasa pekhidmatannya dari Bank D, atau produk dan perkhidmatan Bank W lebih berkualiti dari Bank E.  Kalau itu,bukanlah bank itu yang bermasalah tetapi ketahuilah walau diri yang membaca bahawa sesungguhnya kamu yang bermasalah.

Kunci pada segala kegembiraan dimaya  pada ini  adalah sabar dan syukur.. Sabarlah jika menghadapi musibah dan bersyukurlah anda masih diberi peluang untuk meneruskan denyut nadi anda sehingga satu masa yang telah tertulis.



Comments

Popular Posts