Kesudahan Tanpa Permulaan






Sedalam Mana Pun Langit Ku Selami...
Setinggi Mana Pun Lautan Ku Terbangi...
Cintamu Sukar Ku Miliki.....




Kesudahan Tanpa Permulaan Episod 1 Sebuah Drama komiklip animasi yang sungguh sedih ,sadis, tragis, menyayat hati , menyiat hempedu yang tak masuk akal, tak berpijak dibumi yang nyata, hero miskin, heroin anak orang kaya pastu mak bapak tak restu, berlakon pun dalam rumah sebesar istana, kereta nak mewah je, pastu saling hasut menghasut, hasad menghasad ala -ala telenovela, sinetron, K-Dramas, drama swasta, drama akasia, drama astro, cerekarama dan sewaktu dengan waktu nak maghrib sampaikan Cik Kak Cik Kak dah ambik wuduk pun masih terconggok depan televisi. Pandai bajet pulak tu. Solat masa iklan.., Habis solat je Iklan habis. Wow! Khusyuknya... Sinopsis: Kisah Sulaiman bin Rafael seorang peniaga pasar tani yang amat menyintai Puteri Markonah binti Tengku Apollo 13b seorang anak jutawan,hartawan,kayawan dan kenasawan tersohor namun percintaan mereka terhalang kerana Tengku Apollo 13b dan isterinya Mem Besar ingin menjodohkan anak mereka dengan Doktor Strangeraman bin Sambedi Katanya. Apakah yang terjadi? Jom saksikan sebuah drama yang memang kliche sekliche klichenya namun apakan daya dah itu yang orang suka tonton, jadi layan sajalah .. Klicheeeeeeee..Kliche sekliche klichenyaaaaaaaaaaaa. Namun engkau tak peduliiiii...




Comments

Popular Posts